Salam,
mungkin x ramai yang tahu bahawa Putin, presiden Russia sudah meluluskan akta anti gay marriage di Russia. ini menjurus kepada ketidak-puas-hatian ramai aktivis LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender). akta ni juga dikaitkan dengan kenaikan kes kes serangan homofobia ke atas remaja remaja LGBT di Rusia. selain itu ada juga akta y menyatakan bahawa sesiapa y mempamerkan unsur unsur LGBT di khalayak umum boleh dikenakan denda- penjara ataupun wang pampasan. mungkin juga ada y x tahu bahawa the next olimpik akan dilangsungkan di Sochi Russia. jd berlakulah isu y dinamakan gay propaganda di mana atlit atlit olimpik LGBT dan para pemerhati berasa tidak selamat untuk datang ke Rusia.
sebelum tu saya memg nak mohon ampunlah, sebab dah janji nak cakap pasal nasionalisme tapi x buat buat lagi research. hadoii fail!
isu ni agak sensasi dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di Barat. apabila kebanyakan negara Barat melihat mereka sedang melangkah setapak ke hadapan dari segi hak asasi LGBT, Rusia pula dilihat sedang merundum kebelakang. di England dan new Zealand, akta gay marriage baru sahaja diluluskan- tetapi di Rusia, bukan sahaja diharamkan-malah medium untuk bersuara juga turut ditutup.
y paling menyedihkan apabila melihat mangsa daripada serangan homofobia ni. homofobia berada di tahap kritikal di Rusia sampai ada yang sanggup buat group dalam VK.com (VK.com ni sejenis social network, ala ala macam facebook, tapi agak popular dikalangan orang Rusia) untuk mengumpan, menculik, membuli dan mendera remaja remaja LGBT. x cukup dengan itu, diorg rakam kes penderaan tu dan paparkan dalam laman web untuk memalukan remaja remaja LBGT ni. sampai ke hari ni, berdasarkan apa y saya tahu,
- seorang remaja bunuh diri disebabkan rasa malu
- seorang lelaki berumur 23 tahun mati dibunuh dan juga dirogol dengan botol
- dan ramai lagi remaja y traumatise dengan apa y berlaku pada mereka
klik sini untuk baca lebih lanjut tentang salah satu daripada kes pembulian ni. ada y menyatakan ramai remaja bunuh diri selepas daripada serangan tersebut, tetapi buat masa ni tiada sebarang statistik yang dikeluarkan. polis sendiri tidak bertindak untuk menghentikan kes kes begini, jadi x hairanlah kalau statistik y sahih x available
ya saya faham y kita umat Islam masih lagi berdepan dengan isu Syria, Palestin dan Mesir. tapi tu bukannya alasan untuk berdiam diri dan mengenepikan isu ni. ni pun merupakan isu penting hak asasi manusia. remaja y bunuh diri, dibunuh dan traumatised tu semuanya manusia macam kita juga. adakah hanya disebabkan diorg dilabel LGBT, diorg tu x separas dengan kita? hanya disebabkan diorg dilabel sebagai LGBT, nyawa diorg x bermakna? hanya disebabkan diorg dilabel sbgi LGBT, diorg memg patut terima kes pembulian ni? kalau korg jawab ya, pada pendapat saya korg x patut dipanggil manusia.
mungkin x ada apa y dapat kita bantu. tapi saya rasa kesedaran tu penting. Malaysia juga mengalami masalah homofobia y sama, tapi mungkin x seteruk apa y dirasai Rusia skrg. sedarlah, kalau korg fikir dengan membuli org, korg bertindak sebagai agen untuk melaksanakan perkara y benar, cuba fikir panjang dahulu. apa kesan buli kepada mangsa y korg buli tu?
No comments:
Post a Comment