Wednesday, July 24, 2013

Ya saya tahu saya dah delay untuk berblog selama 2 bulan


Salam,


Exam dah pun habes. result pun dah diumumkan. Alhamdulillah saya lulus exam tahun ke 4 di bristol. memg tahun y mencabar dan saya rasa amat bersyukur saya dapat lepas tahun ni. insyAllah akan terus mara ke tahun 5.

bagaimanapun, tahun 4 masih belum habis lg. saya masih ada assignment y perlu disiapkan sebelum isnin minggu depan. memg meluat sngt nak buat assignment ni lebih lebih lagi bila tak sempat nak rehat pun dari stress exam tahun 4.

assignment y saya tgah buat skrg ni tak lah mencabar sngt. alhamdulillah tak yah pg hospital/ klinik bnyk sngt pun. sepanjang 3 minggu cuma perlu pg jumpa pesakit utk 4 hari je. jd kebanyakan hari saya duduk melepak kat rumah. lg lg skrg ni cuaca panas dekat england dan bulan puasa. memg x larat nak kelua buat keje.

anyway, kpd sesiapa y x tahu, weekend yang lepas saya pg ke karnival di london- dipanggil 'London Anime Convention' (LAC). memg satu pengalaman y sngt menarik. ada mcm2 benda y belaku jadi memg susah nak la nak bosan. bila x ada apa nak buat saya akan pg ke gaming area dan play super mario bros. haha sungguh nostalgia main game tu.



kat atas ni gambar sepasang cosplayer yang datang pd hari tu. y belah kanan tu cosplay sbgi squall leonheart dr ff8 dan y belah kiri tu tifa lockhart dr ff7. bukan main cosplayer tifa tu punya auction tu hari. org bid dia smpi 85 GBP. org lain suma kena bid 10 GBP je.

tp satu pengalaman paling menarik di LAC ialah jumpa seorg kawan dr Norway. kesian dia dr Norway sorg sorg. dahlah x penah ada pengalaman dtg ke UK. punyalah semangat dtg ke London untuk join LAC. dia ambil teksi dr Heathrow airport ke tmpt LAC (bedekatan dengan stadium Arsenal) dan berbelanja lebih dr 2/3 bajet yang dia anggarkan. lepas tu dia berjalan sampai 6 jam nak cari hostel walaupun jarak dr tmpt LAC tu ke hostel sepatutnya cuma ambil masa 30 minit je. esoknya dia nak ambil duit dr bank, tengok tengok dekat dlm bank x ada duit sebab boss x masukkan duit lg. akhirnya dpt juga dia keluarkan duit dr bank. esoknya lagi, dia 'hang over' teruk sngt smpi dia tertinggal semua aktiviti utk hari ahad. haha malam sebelum tu x taulah berapa botol beer y dia teguk. bila ditanya kenapa teruk sngt 'hang over' dia cakap sebab alkohol campur dengan makanan berminyak. haha mungkin salah saya juga ajak dia pegi dinner dekat kedai kebab halal. kaya dengan minyak restoran kebab dekat UK ni.

walaupun kesian dengan kisah dia ni, tapi ada satu perkara y saya belajar dr dia. dia ni baru je 18 tahun. so kata org 'barely legal' gitu. tp semangat dia pg merantau ke tmpt asing untuk terokai pengalaman baru. sebelum ucap selamat tinggal pd hari ahad tu, dia ada cakap y dia teringin nak pg ke 'Comic Con di Los Angeles'. haha haru biru saya fikir, sedangkan dekat Eropah sendiri pun boleh tersesat sampai 6 jam, ni lagi pulak nak pg benua seberang lautan. tp y menariknya tu x membantutkan hasrat dia untuk pergi mengembara ke negara orang.

bila saya reflect semangat dia ni saya mula sedari yang kita selalu limitkan cita-cita/hasrat kita dengan macam macam alasan. nak pg melancong tapi tak ada duitlah, x ada masa lah, x da kawanlah, x tahu bahasalah. nak masak tapi x ada kemahiranlah, x da bahan bahan lah. ada ja alasan untuk tak dapat nak buat sesuatu. lepas tu complain, nak buat tapi x boleh buat. complain, complain, complain tapi satu habuk pun x ada kata orang.

macam apa yang saya belajar dekat landmark forum, kalau nak tunggu sampai ada masa, sampai cukup duit. sampai bila bila pun x akan jadi. jd bila dah ada semangat tu terus je buat. x yah dalih dalih. kadang kadang memg x boleh pun cari masa, tapi mungkin kena buat masa tu sendiri.

oleh itu, saya ambil iktibar dari pertemuan dengan seorg kawan ni, untuk pergi travel ke luar UK pada bulan 8 ni berseorangan. saya mcm beminat nak pg ke negara Scandinavia. mungkin ni ialah satu tapak kecil untuk saya keluar dr comfort zone saya. insyaAllah

p/s- saya ada cuba add kawan ni kat facebook, tapi sampai skrg x approve lagi. hampeh betul. dia kata dia x selalu guna facebook. facebook account dia pun x ada profile picture, jd saya terpaksa add semua orang yang sama nama dengan dia yang x ada profile picture. tapi sampai skrg sorg pun respond lg. adeh~


Thursday, May 30, 2013

Intermission

Salam,

Just nak cakap sorry sebab x dapat nak update blog ni dalam masa terdekat. exam period, jd segala aktiviti extrakurikulum terpaksa di hentikan buat sementara. pada waktu waktu macam ni lah nak bermuhasabah yang saya ni dah x de life. all my life has pretty much dedicated to medicine

damn, medicine takes so much of my time. have u ever been so mad that u tried to eat ur laptop?

huhu apa y lagi menyedihkan ialah exam saya habis 24 jun. so bye bye cuti summer.

jadi utk budak budak sekolah menengah y  tgah fikir nak buat apa lepas spm. please, please dont consider medicine. this is what u will be agreeing for

ok dah cukup meroyan, jom kembali baca pasal gp. uggh fun *kill me*


Monday, May 13, 2013

nasionalisme part 1

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."- Al-Hujurat: 13

sebelum kita cakap pasal nasionalisme, cuba korg fikirkan, apa sbnrnya maksud nasionalisme? cuba teka sendiri sebelum tgok jawapan kat bawah.

harapnya korg ada fikirkan satu jawapan sebelum menggunakan taktik "ain't nobody got time for that"

mesti ramai yang fikirkan bendera Malaysia bila cakap pasal nasionalisme

menurut Wikipedia, nasionalisme merujuk kepada kepercayaan atau ideologi politik yang melibatkan penggunaan sesebuah kumpulan sebagai identiti dalam pembinaan sesebuah negara. konsep ni mengingatkan saya tentang konsep negara bangsa dalam buku teks sejarah. negara bangsa sejauh yang saya ingt merujuk kepada pembinaan sebuah negara dengan menggunakan bangsa sebagai identiti utama negara tersebut. contohnya: negara Jerman utk orang berbangsa Jerman dan negara Perancis untuk org berbangsa Perancis. dalam konteks negara Malaysia, adakah negara kita sebenarnya dibina dengan menggunakan identiti bangsa Melayu? 

sebelum kita menjawab soalan tu, jom tengok sejarah kewujudan nasionalisme ni. nasionlisme merupakan konsep yang agak moden, mula muncul pada abad ke 19. antara negara terawal yang muncul disebabkan oleh gerakan nasionalisme ni ialah Jerman dan Itali. Di Jerman, orang orang berbangsa Jerman disemarakkan utk bangun menentang pemerintahan kerajaan Napolean I di Jerman.
"Napolean I merupakan emperor kerajaan Perancis yang berjaya menguasai sebahagian besar benua Eropah pada waktu tu"
semangat nasionalisme ni kemudiannya merebak ke bahagian lain di Eropah seperti ke kerajaan Austria dan Turki Uthmaniyah. pada abad ke 20, semangat nasionalisme merebak ke seluruh dunia especially ke tanah jajahan bangsa bangsa Eropah di Asia, Amerika dan Afrika termasuklah Tanah Melayu. gerakan nasionalisme di kawasan jajahan bangsa Eropah ni biasanya melibatkan proses kemerdekaan.

konsep kenegaraan pun sebenarnya konsep yang agak moden. sebelum wujudnya 'negara', orang hidup di dalam kampung ataupun bandar yang biasanya dikuasai oleh sesebuah kerajaan. contohnya, sewaktu pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka pd abad ke 15, orang orang yang berada di bawah kekuasaan Melayu Melaka bukanlah rakyat 'negara Melayu Melaka' tetapi kampung atau bandar mereka berada di bawah pengaruh kerajaan Melayu Melaka.

peta ni ialah peta semenanjung Malaysia dan Sumatera sewaktu kerajaan Melayu Melaka (kawasan yang kaler oren tu merupakan kawasan di bawah kuasa Melayu Melaka). perlu diingatkan bahawa pada waktu ni masih belum ada lagi Malaysia dan Indonesia. jadi walaupun kawasan kerajaan Melayu Melaka sampai ke Siak, Kampar dan Inderagiri di Indonesia, mereka hanyalah penduduk Siak, Kampar dan Inderagiri dan bukannya rakyat Melaka ataupun Indonesia.

kerajaan lama pada waktu ni pun x da sempadan  politik yang jelas. peta ni cuma tunjuk sempadan yang dipercayai ahli sejarah merupakan kawasan paling jauh yang berada di bawah pengaruh Melaka.


sebagai org Islam, antara kerajaan yang penting dan relevan dengan konsep nasionalisme yang saya nak bincangkan ialah kerajaan Turki Uthmaniyah.

peta ni menunjukkan keluasan empayar Turki Uthmaniyah sewaktu zaman kehebatannya. pada abad ke 15-16. pada waktu ni kerajaan Turki Uthmaniyah ni sangatlah kuat sampai boleh mengalahkan empayar Byzantine (Rom Timur) dan mengambil alih Istanbul (Constantinople) dr Byzantine. kebanyakan kerajaan Islam pada waktu tu mempunyai hubungan dengan Turki Uthmaniyah, termasuklah kerajaan kerajaan Melayu di Asia Tenggara (Melaka, Acheh dan Johor) 

kalau kita tengok dalam peta tu, Baghdad (ibu negara Iraq sekarang) , Mesir dan Syria berada di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyah. Greece pun berada di bawah pengaruh Turki Uthmaniyah. tetapi setelah tersebarnya pengaruh nasionalisme dr Eropah, bandar bandar dan kerajaan kerajaan kecil di bawah pengaruh Turki Uthmaniyah mula berjuang untuk keluar dr pengaruh Turki Uthmaniyah. pengaruh ni tersebar ke Tanah Arab sehingga menyebabkan projek pembinaan landasan kereta api Hijaz tersekat sekitar perang dunia pertama. 
"Landasan kereta api Hijaz ialah landasan kerata api yang dicadangkan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah untuk menghubungkan Istanbul dan Mekah bagi membantu proses Haji orang orang Turki pada waktu tu."  
Antara kesan gerakan nasionalisme ni ialah empayar Turki Uthmaniyah hilang pengaruhnya dan seterusnya berakhir pada  1923. Turki Uthmaniyah ialah kerajaan Islam terakhir sehingga ke hari ni.

saya pasti ramai yang masih ingt sejarah sekolah menengah. ada yang ingt lagi macam mana proses gerakan nasionalisme berlaku di Tanah Melayu? kita akan bincang perkara tu di masa depan, insyaAllah

bukalah buku sejarah anda yang anda dipaksa beli ketika berada di sekolah, tiber~ tapi seriously, ada gunanya.

motif letak dalil ayat Al-Quran: (critical thinking (chewah)) biarpun kita ni berbilang bangsa, kewarganegaraan etc. tetapi Allah dah menetapkan utk kita supaya berbaik baik dan berkenal kenalan sesama kita. saya berpendapat konsep nasionalisme ni agak menggugat keupayaan kita utk mengenali antara satu sama lain. dengan menetapkan kawasan x milik bangsa x, dan kawasan y milik bangsa y, ni seolah olah melebarkan lagi jurang utk cuba berkenalan dengan bangsa lain. Wallahualam. pendapat korang?

Monday, May 6, 2013

post pertama blog syafiq, yeah!

Salam,

Saya kembali ke dunia blogging setelah sekian lama meninggalkannya. dulu tak ada modal nak cerita apa kat blog. tambahan pula design blog tu dah jadi huru hara, sakit mata memandang, jadi saya delete terus blog tu.

saya bermotivasi untuk berblog ni setelah kecewa melihat keputusan pilihanraya 2013. saya x mahu nak salahkan sesiapa buat masa ni. saya berikan pada pihak yang lebih berkuasa dan bijaksana untuk uruskan hal ni dan pada masa yang sama saya akan turut memberi sokongan ataupun sebarang bantuan jika diperlukan.

isi kandungan blog ni mungkin akan jadi seperti blog saya yang sebelum ni: merepek dan merapu. tapi saya rasa macam sangat berminat nak bercakap tentang sejarah, ekonomi, sosial, politik (sains di sebalik politik, bukannya pasal parti x atau parti y etc.) dan sains. apa apa topik yang best lah nak dibincangkan. saya berpendapat bahawa masih ada rakyat Malaysia yang keliru dengan isu isu ni. tambahan pula dengan peranan media arus perdana yang kerap kali memberikan fakta yang mengelirukan, jadi rakyat tak dapat nak memilih dengan info yang cukup. mungkin usaha saya ni tak dapat memberi impak yang besar, tapi sekurang kurangnya saya cuba dalam 'circle of influence' saya. 

saya bukanlah seorang yang pakar dalam mana mana pun subjek tersebut, tapi saya pun nak ambil peluang ni untuk belajar sekali perkara perkara ni. insyaAllah, semua ilmu ada manfaatnya. oleh itu, kalau ada salah silapnya, boleh diperbetulkan, sama samalah kita belajar dari bawah.

next stop, sejarah kemerdekaan Malaysia! insyaAllah!